Wednesday, 2 August 2017

Day 4-9 ~ 23 Julai 2017-28 Julai 2017 (Madinah)

Bermulanya tugasan di Pusat Rawatan Madinah dengan dilakukan perlbagai persiapan sementara menunggu jemaah haji tiba pada keesokan harinya. Pelbagai persiapan dilakukan seperti persiapan Unit kecemasan Madinah, wad-wad lelaki dan perempuan serta pemeriksaan peralatan-peralatan dan ubat-ubatan agar tiada ubat yang telah luput tarikh digunakan sementara menunggu "lesen" operasi dari Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Pada malam hari diadakan majlis kesyukuran, bacaan Yasin dan doa selamat sebagai persiapan memulakan operasi sebelum jemaah pertama sampai ke Madinah.

 Majlis bacaan Yasin dan doa selamat

 Bacaan Yasin sebelum memulakan operasi pada keesokan hari

Dihidangkan dengan Nasi Arab Mandy Kambing selepas majlis

Kami berkongsi berempat untuk 1 dulang. Meja lain dah makan dulu. Nampak berselera para petugas.


Pada keesokan harinya pada tarikh 24 Julai 2017 bermulanya operasi petugas haji di mana jemaah haji akan mula tiba ke Madinah melalui terminal madinah. Taklimat, arahan serta amanat disampaikan pada jam 7.00 pagi di Surau PRM oleh POM Madinah Dr. Nazaruddin, TKRH(P) Dr. Faid dan PPRP Haji Radzi. 

 Sesi taklimat dan amanat oleh pengurusan tertinggi Rombongan Perubatan. (Dari kiri : PPRP Haji Radzi, TKRH (P) Dr. Faid, POM Madinah Dr. Nazaruddin dan Ketua Penyelia Haji Aiyri.)


 Team pertama yang menjaga Unit Kecemasan PRM

 Bergambar dulu dihadapan PRM Madinah sementara menunggu jemaah yang sakit yang akan datang dari terminal Madinah.
 Sini juga ada fastfood. Menariknya fastfood HERFY ini ada disediakan tempat berasingan untuk lelaki dan perempuan.

 Antara menu yang disediakan di fastfood HERFY Madinah. Agak mahal juga burger kat sini. Yang paling murah SR18 bersamaan kurang lebih RM 21.

Antara menu di HERFY Madinah.

 Kedai Jus yang berada bersebelahan dengan PRM. tiap-tiap hari boleh minum Jus. Jus asli tiada campur air dan jus buah yang disediakan memang pekat dan mengenyangkan. 

 Antara pilihan utama pelanggan disini adalah Jus Avocado. Selalu habis stock.

 Jus buah-buahan fresh lain juga turut disediakan.


Disebabkan Jus Avocado dah abis, kita try Jus Kiwi Orange pulak. Memang power!.

 Antara kedai makanan lain yang selalu dikunjungi petugas di PRM kerana jaraknya yang dekat adalah Kedai Broasted Al-Shahy. Menu yang disediakan sama seperti fastfood yang lain 

 Broasted Al-Shahy, Madinah
 Kawasan luar PRM Madinah berhampiran jalan utama. Agak lengang di pagi hari.


 Antara jemaah awal yang menerima rawatan di PRM. Jemaah ini telah mengalami luka bakar di kedua tapak kaki akibat berjalan tanpa alas kaki di lantai bahagian luar Masjid Nabawi. Kejadian berlaku di waktu tengah hari di kala matahari sedang panas terik dan jemaah ini mulanya hanya ingin mencari sandalnya yang hilang. Dikeranakan beliau mempunyai masalah kencing manis dan komplikasi hilangnya deria saraf rasa di kaki, beliau tidak merasa sakit langsung pada kaki tersebut.
Rawatan telah diberikan dan alhamdulillah beliau mula pulih.
 Suasana subuh hari di Masjid Nabawi Madinah



 Makam Rasulullah SAW dan para sahabat

 Makam Rasulullah SAW dan para sahabat

 Makam Rasulullah SAW dan para sahabat





 Ambulance yang banyak berjasa


 Jemaah mula memasuki Masjid Nabawi untuk menunaikan Solat Jumaat

  Jemaah mula memasuki Masjid Nabawi untuk menunaikan Solat Jumaat

 Sambil mendengar Khutbah Jumaat

 Bersama-sama rakan HE (Health Education) ziarah jemaah di hotel dari bilik ke bilik untuk memberi khidmat nasihat dan ceramah kesihatan di ketuai oleh Hj. Khairul Aizat. 


 Pintu As -Salam Masjid Nabawi

 Diluar Raudhah, berduyun duyun umat islam berebut untuk memasuki Taman Syurga ini untuk beibadah didalamnya.
 Diluar Raudhah, berduyun duyun umat islam berebut untuk memasuki Taman Syurga ini untuk beibadah didalamnya.





No comments:

Post a Comment