Pada malam hari diadakan majlis kesyukuran, bacaan Yasin dan doa selamat sebagai persiapan memulakan operasi sebelum jemaah pertama sampai ke Madinah.
Majlis bacaan Yasin dan doa selamat
Bacaan Yasin sebelum memulakan operasi pada keesokan hari
Dihidangkan dengan Nasi Arab Mandy Kambing selepas majlis
Kami berkongsi berempat untuk 1 dulang. Meja lain dah makan dulu. Nampak berselera para petugas.
Pada keesokan harinya pada tarikh 24 Julai 2017 bermulanya operasi petugas haji di mana jemaah haji akan mula tiba ke Madinah melalui terminal madinah. Taklimat, arahan serta amanat disampaikan pada jam 7.00 pagi di Surau PRM oleh POM Madinah Dr. Nazaruddin, TKRH(P) Dr. Faid dan PPRP Haji Radzi.
Sesi taklimat dan amanat oleh pengurusan tertinggi Rombongan Perubatan. (Dari kiri : PPRP Haji Radzi, TKRH (P) Dr. Faid, POM Madinah Dr. Nazaruddin dan Ketua Penyelia Haji Aiyri.)
Team pertama yang menjaga Unit Kecemasan PRM
Bergambar dulu dihadapan PRM Madinah sementara menunggu jemaah yang sakit yang akan datang dari terminal Madinah.
Sini juga ada fastfood. Menariknya fastfood HERFY ini ada disediakan tempat berasingan untuk lelaki dan perempuan.
Antara menu yang disediakan di fastfood HERFY Madinah. Agak mahal juga burger kat sini. Yang paling murah SR18 bersamaan kurang lebih RM 21.
Antara menu di HERFY Madinah.
Kedai Jus yang berada bersebelahan dengan PRM. tiap-tiap hari boleh minum Jus. Jus asli tiada campur air dan jus buah yang disediakan memang pekat dan mengenyangkan.
Antara pilihan utama pelanggan disini adalah Jus Avocado. Selalu habis stock.
Jus buah-buahan fresh lain juga turut disediakan.
Disebabkan Jus Avocado dah abis, kita try Jus Kiwi Orange pulak. Memang power!.
Antara kedai makanan lain yang selalu dikunjungi petugas di PRM kerana jaraknya yang dekat adalah Kedai Broasted Al-Shahy. Menu yang disediakan sama seperti fastfood yang lain
Broasted Al-Shahy, Madinah
Kawasan luar PRM Madinah berhampiran jalan utama. Agak lengang di pagi hari.
Antara jemaah awal yang menerima rawatan di PRM. Jemaah ini telah mengalami luka bakar di kedua tapak kaki akibat berjalan tanpa alas kaki di lantai bahagian luar Masjid Nabawi. Kejadian berlaku di waktu tengah hari di kala matahari sedang panas terik dan jemaah ini mulanya hanya ingin mencari sandalnya yang hilang. Dikeranakan beliau mempunyai masalah kencing manis dan komplikasi hilangnya deria saraf rasa di kaki, beliau tidak merasa sakit langsung pada kaki tersebut.
Rawatan telah diberikan dan alhamdulillah beliau mula pulih.
Suasana subuh hari di Masjid Nabawi Madinah
Makam Rasulullah SAW dan para sahabat
Makam Rasulullah SAW dan para sahabat
Makam Rasulullah SAW dan para sahabat
Ambulance yang banyak berjasa
Jemaah mula memasuki Masjid Nabawi untuk menunaikan Solat Jumaat
Jemaah mula memasuki Masjid Nabawi untuk menunaikan Solat Jumaat
Sambil mendengar Khutbah Jumaat
Bersama-sama rakan HE (Health Education) ziarah jemaah di hotel dari bilik ke bilik untuk memberi khidmat nasihat dan ceramah kesihatan di ketuai oleh Hj. Khairul Aizat.
Pintu As -Salam Masjid Nabawi
Diluar Raudhah, berduyun duyun umat islam berebut untuk memasuki Taman Syurga ini untuk beibadah didalamnya.
Diluar Raudhah, berduyun duyun umat islam berebut untuk memasuki Taman Syurga ini untuk beibadah didalamnya.
No comments:
Post a Comment