Tuesday, 25 July 2017

Day 2 ~ 21 Julai 2017 (Madinah)

Setelah selesai Umrah, kami semua para petugas yang baru tiba kembali ke Pusat Rawatan Syisyah untuk berehat. Setelah menyegarkan diri, kami menuju ke ruang makan untuk sarapan pagi. Alhamdulillah kami para petugas haji dihidangkan dengan Nasi Lemak Sambal Telur. Alhamdulillah kebajikan kami disini sentiasa dijaga oleh pihak Tabung Haji.

Dah makan baru teringat nak ambil gambar, lapar sangat..hehe..

Selesai sarapan pagi, kami dipanggil untuk berkumpul disurau untuk taklimat dan sesi taaruf bersama Pengarah Operasi Makkah Dr. Haji Amin Sah bin Ahmad. Taklimat pagi ini lebih kepada menyambut kedatangan kami dan memperingatkan kami lagi tentang tugas yang telah diamanahkan untuk menyantuni Dhuyufurrahman.


Sesi Taaruf dan taklimat bersama Pengarah Operasi Makkah 1438H Dr. Haji Amin Sah bin Ahmad


Selfie sambil mendengar taklimat


Seterusnya pertemuan dengan TKRH (P) Dr. Haji Mohammad Faid bin Abd. Rashid di tempat yang sama. TKRH memberi beberapa nasihat dan kata-kata perangsang kepada kami semua sebelum menjalankan tugas.

Ucapan dan nasihat diberikan oleh TKRH (P) 1438H Dr. Haji Mohammad Faid bin Abd. Rashid


Selesai sesi taaruf dan taklimat kami menuju ke masjid berdekatan untuk menunaikan Solat Jumaat. Alhamdulillah beruntung sungguh rasa dapat menunaikan fardhu Jumaat di Tanah Haram ini. Rancangan asal ingin ke Masjidil Haram namun kerana kesuntukan waktu dan jarak yang agak jauh untuk berjalan kaki, kami memutuskan untuk solat di masjid berdekatan sahaja.


Solat Jumaat di Masjid ini



Kota Makkah

Kota Makkah


Sewaktu sesi taklimat, diberitahu akan ada pergerakan beberapa petugas ke Madinah untuk membantu para petugas lain disana yang telah datang lebih awal dalam mempersiapkan Pusat Rawatan Madinah dan klinik-klinik di zon disana. Beberapa orang telah terpilih termasuklah diri sendiri untuk mempersiapkan diri ke sana selepas selesai solat jumaat. Namun kami diberitahu yang kami dipinjamkan sementara ke sana dan akan dipanggil kembali ke Makkah selepas beberapa hari. Inilah yang dikatakan sebagai operasi, kena sentiasa bersedia kapan sahaja boleh diarahkan untuk ke tempat2 tertentu atas kepentingan perkhidmatan.


Masjidil Haram 

Sebelum Tawaf Wada kita berselfie dulu, lepas tawaf Wada dah tak leh dah..

Sebelum tawaf Wada

Tawaf Wada' dilaksanakan sebagai syarat wajib untuk meninggalkan kota Makkah. Kami menuju ke Masjidil Haram untuk bertawaf Wada' dan setelah selesai pada jam 4.45pm kami menaiki bas yang telah disediakan untuk menuju ke Madinah yang jaraknya kurang lenih 450km, 9 jam perjalanan.



Kami berhenti di RnR selepas 5 jam perjalanan dan menjamu Nasi Arab Mandy Ayam lagi sebelum meneruskan perjalanan. Solat Maghrib dan Isyak tidak dilupakan untuk dilaksanakan secara Jamak Qasar.

Nasi Arab Ayam Mandy di R&R Ansar (halfway dari Makkah ke Madinah)

Jam 12.00am kami akhirnya tiba di Kota Nabi Kota Rasulullah SAW, Kota Madinah. Kami terus menuju ke Pusat Rawatan Madinah di Dar Al-Jefri.


Kami disambut dengan sangat baik oleh petugas-petugas Haji di Madinah diketuai oleh Pengarah Operasi Madinah Dr. Haji Mohamad Nazarudin bin Bahari dan diberikan kami tempat penginapan untuk kami berehat. Kami juga diberitahu pada jam 3.30am nanti akan ada kenderaan yang akan ke Masjid Nabi MAsjid Nabawi untuk ziarah dalam. Kami diberitahu jika ingin menyertai boleh menaiki kenderaan tersebut pada jam yang telah diberitahu.


Saturday, 22 July 2017

Day 1 ~ 20 Julai 2017 (cont.)

Penerbangan menaiki Airbus 330-300 dari Kuala Lumpur International Airport ke King Abdulaziz International Airport Jeddah.

Perjalanan memakan masa kurang lebih 8 jam 30 minit nonstop, diberikan 2 kali makan 1st Nasi Kari Ayam dan yang kedua Spaghetti Seafood.

Semasa didalam flight disediakan juga hiburan ditempat duduk masing2 dengan pelbagai film dan drama dan tidak lupa juga aplikasi al-Quran interaktif.


Separuh perjalan sudah dilalui.

Setelah 4 jam perjalanan, pesawat memasuki ruang udara India untuk terus ke tanah arab

Bersama rakan petugas haji yang lebih berpengalaman Dr. Haji Muhammad Ali


Sebelum tiba di Jeddah, pengumuman untuk berniat Umrah dilakukan oleh kapten kapal terbang setiap 1/2jam sebelum dan semasa pesawat melintas Qarn'l Manazil sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah.

Jam 7.00pm pesawat touch down di King Abdulaziz International Airport, kami turun dari pesawat dan terus menaiki shuttle bus untuk ke terminal commercial Jeddah. Waktu ini terminal haji belum dibuka dan hanya akan dibuka apabila musim haji tiba.

Di terminal, kami menunggu kurang lebih 1-2 jam untuk urusan di imigresen kerana waktu itu adalah waktu solat maghrib dan solat isyak. Menurut rakan petugas yang sudah berpengalaman, memang kebiasaannya disini jika sudah tiba waktu solat, semua kaunter akan ditutup untuk memberi laluan melaksanakan ibadah solat.

Menaiki shuttle bus menuju terminal setelah sampai





Terminal Jeddah setelah selesai urusan imigresen

Jam 9.45pm urusan di terminal selesai dan kami semua bergerak menaiki bas yang telah disediakan menuju ke rumah Consul General Malaysia di Jeddah sekaligus pejabat urusan Tabung Haji di Jeddah.

Disini kehadiran kami sudah dinantikan dan kami dihidangkan dengan juadah Nas Arab Mandy  Ayam. Alhamdulillah memang sangat lapar pada waktu itu dan kami semua makan dengan berselera. Sesudah juadah, kami bertolak terus ke Makkah untuk melaksanakan ibadah Umrah wajib.


Semua petugas mengambil tempat untuk menjamu selera, memang menjadi kebiasaan disini untuk makan bersila. Satu pengalaman baru.


Nasi Arab Mandy Ayam

Jam 1.00am akhirnya kami tiba di Pusat Rawatan Syisyah Dar Al Mubarak Makkah tempat kami bertugas. Taklimat diberikan oleh Ketua kami disini yaitu Pengarah Operasi Makkah Dr. Amin Sah dan Penyelia Makkah Ust. Wahidi. Selesai taklimat kami terus menuju ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan Umrah. Kami dibawa menaiki coaster menuju ke Ibu Pejabat
 Tabung Haji Abraj Al-Janadriyah dan, drop di sana dan berjalan kaki menuju Masjidil Haram.

Pusat Rawatan Syisyah Al- Mubarak, Makkah 



Di lobbi Pusat Rawatan Syisya sebelum menunggu taklimat dari Hj. Wahidi,(Penyelia PRS)

Menaiki coaster untuk drop di Janad

Perjalanan ke Masjidil Haram berjalan kaki dari Abraj Al-Janadriyah memakan masa 15-20minit sejauh 750-800 meter. Terbayang bagaimana jemaah haji yang uzur akan melalui cubaan-cubaan ini untuk mendapat redha Ilahi dan beribadah di Masjidil Haram.Hmmm...

Sesampainya disana MasyaAllah SubhanAllah betapa mewah dan agungnya masjid ini dan Alhamdulillah akhirnya kami ditemukan dengan Kaabah, kiblat muslimin muslimat sedunia. Menitis airmata tak dapat ditahan lagi kerana dipilih olehNya menjadi tetamuNya. Sungguh besar struktur dan bangunannya membuat kita merasa kerdil, sangat berbeza dengan apa yang dilihat di tv dan gambar. Perasaan gembira dan suka menyelubungi diri namun keluarga di tanah air tetap sentiasa diingatan. Berdoa semoga dapat datang lagi dengan ditemani isteri dan anak2 serta ahli keluarga yang lain, InsyaAllah. Amin.

Pemandangan dari Janad ke Masjidil Haram

Berjalan kaki ke Masjidil Haram




Bergambar di Kaabah selepas Tawaf



Sebelum melakukan tawaf, kami mengambil barakah dengan meminum air Zam-zam sejuk yang sentiasa tersedia di sana. Tawaf 7 keliling dilaksanakan dengan hati yang ikhlas dan penuh keinsafan, disambung pula dengan Saie dari bukit Safa dan selesai dibukit Marwah dan disudahi dengan tahalul. Semoga ibadah umrah kami diterima oleh Allah SWT.








Jam 4.30am, setelah selesai  Saie dan tahalul, kami menunggu waktu Subuh tiba dan solat subuh disana diikuti pula dengan solat jenazah. Kebiasaanya disini solat jenazah akan dilakukan pada setiap selesai solat fardhu jika ada jenazah. Sebelum pulang ke Janad, kami mengambil peluang untuk mencukur rambut di kedai gunting rambut terdekat. Memang sudah niat untuk menggondolkan kepala selesai ibadah Umrah. Alhamdulillah terlaksana.



Sebelum dan selepas bercukur




Dihadapan Ibu Pejabat Tabung Haji Makkah Abraj Al-Janadriyah

Sambil menunggu coaster untuk kembali ke base camp - Pusat Rawatan Syisyah




























Friday, 21 July 2017

Day 1 - 20 Julai 2017

Akhirnya hari yang dinanti-nanti telah tiba.
Perjalanan hajiku sebagai petugas haji 1438H dan tetamu Allah bermula pada hari ini.

Alhamdulillah Ya Allah,
Labbaikallahummalabbaik..
Labbaikalaasyarikalakalabaik..
Innalhamda.. wannikmata..
Lakawal mulk, laa syarikala..

Pagi ini dimulai dengan mandi sunat ihram dan solat subuh.
Kain ihram lengkap belum perlu dikenakan kerana perjalanan masih panjang dan niat akan dilaksanakan di Qarn'l manazil (dalam kapal terbang)

Sedih rasa hati terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak, tapi tugas memanggil dan seruan Allah SWT perlu dilaksanakan.

Perjalanan haji harini bermula dengan bacaan doa selamat dan doa musafir oleh Ustaz Mohd. Yamin.
Selesai bacaan doa terus berangkat ke KLIA.

Bergambar dirumah mama sebelum berangkat ke KLIA

Sedihnya hati terpaksa meninggalkan keluarga di Malaysia

Happy lihat anak2 gembira namun hati papa berkaca sedih campur gembira

Setibanya di KLIA kami terus menuju ke Aras 5 , Kaunter THTS untuk sesi taklimat, penyampaian lanyard dan jaket haji serta boarding pass dan passport yang sudah mendapat visa. Alhamdulillah jam 10.00am telah tiba dan sudah ramai perugas haji yang telah tiba lebih awal termasuk TKRH(P) Dr. Muhammad Faid.

Sesi taklimat dari pegawai tabung haji sebelum check in. Tahun ini seramai 55 petugas yang terdiri dari Rombongan Perubatan(RP) & Rombongan Kebajikan (RK) dijadualkan untuk berangkat awal yaitu Advance Party 3 untuk persiapan lanjutan sebelum ketibaan jemaah-jemaah haji para Dhuyufurrahman


Visa yang telah diperoleh yaitu visa Be'sah visa petugas


Flight MH150 commercial flight

Mama turut menemani hantar ke airport

Dengan isteri tercinta

Bersama keluarga tersayang

Thanx Mama, abg yus,achah, angah and fizul kerana sudi hantar ke airport

Bergambar sebelum masuk ke terminal bersama keluarga tercinta