Saturday, 22 July 2017

Day 1 ~ 20 Julai 2017 (cont.)

Penerbangan menaiki Airbus 330-300 dari Kuala Lumpur International Airport ke King Abdulaziz International Airport Jeddah.

Perjalanan memakan masa kurang lebih 8 jam 30 minit nonstop, diberikan 2 kali makan 1st Nasi Kari Ayam dan yang kedua Spaghetti Seafood.

Semasa didalam flight disediakan juga hiburan ditempat duduk masing2 dengan pelbagai film dan drama dan tidak lupa juga aplikasi al-Quran interaktif.


Separuh perjalan sudah dilalui.

Setelah 4 jam perjalanan, pesawat memasuki ruang udara India untuk terus ke tanah arab

Bersama rakan petugas haji yang lebih berpengalaman Dr. Haji Muhammad Ali


Sebelum tiba di Jeddah, pengumuman untuk berniat Umrah dilakukan oleh kapten kapal terbang setiap 1/2jam sebelum dan semasa pesawat melintas Qarn'l Manazil sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah.

Jam 7.00pm pesawat touch down di King Abdulaziz International Airport, kami turun dari pesawat dan terus menaiki shuttle bus untuk ke terminal commercial Jeddah. Waktu ini terminal haji belum dibuka dan hanya akan dibuka apabila musim haji tiba.

Di terminal, kami menunggu kurang lebih 1-2 jam untuk urusan di imigresen kerana waktu itu adalah waktu solat maghrib dan solat isyak. Menurut rakan petugas yang sudah berpengalaman, memang kebiasaannya disini jika sudah tiba waktu solat, semua kaunter akan ditutup untuk memberi laluan melaksanakan ibadah solat.

Menaiki shuttle bus menuju terminal setelah sampai





Terminal Jeddah setelah selesai urusan imigresen

Jam 9.45pm urusan di terminal selesai dan kami semua bergerak menaiki bas yang telah disediakan menuju ke rumah Consul General Malaysia di Jeddah sekaligus pejabat urusan Tabung Haji di Jeddah.

Disini kehadiran kami sudah dinantikan dan kami dihidangkan dengan juadah Nas Arab Mandy  Ayam. Alhamdulillah memang sangat lapar pada waktu itu dan kami semua makan dengan berselera. Sesudah juadah, kami bertolak terus ke Makkah untuk melaksanakan ibadah Umrah wajib.


Semua petugas mengambil tempat untuk menjamu selera, memang menjadi kebiasaan disini untuk makan bersila. Satu pengalaman baru.


Nasi Arab Mandy Ayam

Jam 1.00am akhirnya kami tiba di Pusat Rawatan Syisyah Dar Al Mubarak Makkah tempat kami bertugas. Taklimat diberikan oleh Ketua kami disini yaitu Pengarah Operasi Makkah Dr. Amin Sah dan Penyelia Makkah Ust. Wahidi. Selesai taklimat kami terus menuju ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan Umrah. Kami dibawa menaiki coaster menuju ke Ibu Pejabat
 Tabung Haji Abraj Al-Janadriyah dan, drop di sana dan berjalan kaki menuju Masjidil Haram.

Pusat Rawatan Syisyah Al- Mubarak, Makkah 



Di lobbi Pusat Rawatan Syisya sebelum menunggu taklimat dari Hj. Wahidi,(Penyelia PRS)

Menaiki coaster untuk drop di Janad

Perjalanan ke Masjidil Haram berjalan kaki dari Abraj Al-Janadriyah memakan masa 15-20minit sejauh 750-800 meter. Terbayang bagaimana jemaah haji yang uzur akan melalui cubaan-cubaan ini untuk mendapat redha Ilahi dan beribadah di Masjidil Haram.Hmmm...

Sesampainya disana MasyaAllah SubhanAllah betapa mewah dan agungnya masjid ini dan Alhamdulillah akhirnya kami ditemukan dengan Kaabah, kiblat muslimin muslimat sedunia. Menitis airmata tak dapat ditahan lagi kerana dipilih olehNya menjadi tetamuNya. Sungguh besar struktur dan bangunannya membuat kita merasa kerdil, sangat berbeza dengan apa yang dilihat di tv dan gambar. Perasaan gembira dan suka menyelubungi diri namun keluarga di tanah air tetap sentiasa diingatan. Berdoa semoga dapat datang lagi dengan ditemani isteri dan anak2 serta ahli keluarga yang lain, InsyaAllah. Amin.

Pemandangan dari Janad ke Masjidil Haram

Berjalan kaki ke Masjidil Haram




Bergambar di Kaabah selepas Tawaf



Sebelum melakukan tawaf, kami mengambil barakah dengan meminum air Zam-zam sejuk yang sentiasa tersedia di sana. Tawaf 7 keliling dilaksanakan dengan hati yang ikhlas dan penuh keinsafan, disambung pula dengan Saie dari bukit Safa dan selesai dibukit Marwah dan disudahi dengan tahalul. Semoga ibadah umrah kami diterima oleh Allah SWT.








Jam 4.30am, setelah selesai  Saie dan tahalul, kami menunggu waktu Subuh tiba dan solat subuh disana diikuti pula dengan solat jenazah. Kebiasaanya disini solat jenazah akan dilakukan pada setiap selesai solat fardhu jika ada jenazah. Sebelum pulang ke Janad, kami mengambil peluang untuk mencukur rambut di kedai gunting rambut terdekat. Memang sudah niat untuk menggondolkan kepala selesai ibadah Umrah. Alhamdulillah terlaksana.



Sebelum dan selepas bercukur




Dihadapan Ibu Pejabat Tabung Haji Makkah Abraj Al-Janadriyah

Sambil menunggu coaster untuk kembali ke base camp - Pusat Rawatan Syisyah





























No comments:

Post a Comment