Sunday, 16 July 2017

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ

Labbaik Allahuma Labbaik"


Syukur Ya Allah. Alhamdulillah tahun ni akhirnya terpilih untuk menjadi tetamu Allah setelah sekian lama menanti waktu dan peluang.


Buat pertama kali mendapat peluang dan berasa sangat gembira ketika mendapat surat tawaran untuk menjadi petugas haji. Bukan mudah untuk dipilih menjadi penyantun Dhuyufurrahman, banyak kriteria yang dinilai termasuk markah SKT. Namun keputusan akhir hanya akan diketahui selepas menerima surat tawaran.

Surat Tawaran Calon Petugas Haji 2017

Alhamdulillah nama tersenarai👍🏼


Setelah surat tawaran diberikan, ada beberapa siri kursus yang perlu dihadiri sepanjang tahun mula dari bulan Februari sehingga masuk musim haji yaitu di bulan Julai/Ogos antaranya Kursus Teras Petugas Haji, Kursus Ibadat dan Intensive serta Kursus Pengukuhan Petugas Haji.

Kursus kemuncak adalah di Kursus Perdana Haji yang akan dilakukan serentak seluruh negara selepas Hari Raya Aidilfitri 1438H.

Setelah selesai siri2 kursus, surat penerbangan akan diberikan kepada setiap petugas haji. Ada beberapa petugas haji yang akan berangkat lebih awal yang dipanggil sebagai Advance Party.

Advance party ini akan berangkat seminggu lebih awal untuk melakukan persiapan di tanah suci untuk menerima jemaah yang akan hadir ke rumah Allah.



Jadual penerbangan untuk Advance Party 3 yang akan membawa 55 petugas haji Malaysia untuk musim haji 2017.
Alhamdulillah diberi peluang pada tahun ini untuk menjadi antara perugas terawal menjejakkan kaki ke rumah Allah 😊

No comments:

Post a Comment