Setelah selesai Umrah, kami semua para petugas yang baru tiba kembali ke Pusat Rawatan Syisyah untuk berehat. Setelah menyegarkan diri, kami menuju ke ruang makan untuk sarapan pagi. Alhamdulillah kami para petugas haji dihidangkan dengan Nasi Lemak Sambal Telur. Alhamdulillah kebajikan kami disini sentiasa dijaga oleh pihak Tabung Haji.
Dah makan baru teringat nak ambil gambar, lapar sangat..hehe..
Selesai sarapan pagi, kami dipanggil untuk berkumpul disurau untuk taklimat dan sesi taaruf bersama Pengarah Operasi Makkah Dr. Haji Amin Sah bin Ahmad. Taklimat pagi ini lebih kepada menyambut kedatangan kami dan memperingatkan kami lagi tentang tugas yang telah diamanahkan untuk menyantuni Dhuyufurrahman.
Sesi Taaruf dan taklimat bersama Pengarah Operasi Makkah 1438H Dr. Haji Amin Sah bin Ahmad
Selfie sambil mendengar taklimat
Seterusnya pertemuan dengan TKRH (P) Dr. Haji Mohammad Faid bin Abd. Rashid di tempat yang sama. TKRH memberi beberapa nasihat dan kata-kata perangsang kepada kami semua sebelum menjalankan tugas.
Ucapan dan nasihat diberikan oleh TKRH (P) 1438H Dr. Haji Mohammad Faid bin Abd. Rashid
Selesai sesi taaruf dan taklimat kami menuju ke masjid berdekatan untuk menunaikan Solat Jumaat. Alhamdulillah beruntung sungguh rasa dapat menunaikan fardhu Jumaat di Tanah Haram ini. Rancangan asal ingin ke Masjidil Haram namun kerana kesuntukan waktu dan jarak yang agak jauh untuk berjalan kaki, kami memutuskan untuk solat di masjid berdekatan sahaja.
Solat Jumaat di Masjid ini
Kota Makkah
Kota Makkah
Sewaktu sesi taklimat, diberitahu akan ada pergerakan beberapa petugas ke Madinah untuk membantu para petugas lain disana yang telah datang lebih awal dalam mempersiapkan Pusat Rawatan Madinah dan klinik-klinik di zon disana. Beberapa orang telah terpilih termasuklah diri sendiri untuk mempersiapkan diri ke sana selepas selesai solat jumaat. Namun kami diberitahu yang kami dipinjamkan sementara ke sana dan akan dipanggil kembali ke Makkah selepas beberapa hari. Inilah yang dikatakan sebagai operasi, kena sentiasa bersedia kapan sahaja boleh diarahkan untuk ke tempat2 tertentu atas kepentingan perkhidmatan.
Masjidil Haram
Sebelum Tawaf Wada kita berselfie dulu, lepas tawaf Wada dah tak leh dah..
Sebelum tawaf Wada
Tawaf Wada' dilaksanakan sebagai syarat wajib untuk meninggalkan kota Makkah. Kami menuju ke Masjidil Haram untuk bertawaf Wada' dan setelah selesai pada jam 4.45pm kami menaiki bas yang telah disediakan untuk menuju ke Madinah yang jaraknya kurang lenih 450km, 9 jam perjalanan.
Kami berhenti di RnR selepas 5 jam perjalanan dan menjamu Nasi Arab Mandy Ayam lagi sebelum meneruskan perjalanan. Solat Maghrib dan Isyak tidak dilupakan untuk dilaksanakan secara Jamak Qasar.
Nasi Arab Ayam Mandy di R&R Ansar (halfway dari Makkah ke Madinah)
Jam 12.00am kami akhirnya tiba di Kota Nabi Kota Rasulullah SAW, Kota Madinah. Kami terus menuju ke Pusat Rawatan Madinah di Dar Al-Jefri.
Kami disambut dengan sangat baik oleh petugas-petugas Haji di Madinah diketuai oleh Pengarah Operasi Madinah Dr. Haji Mohamad Nazarudin bin Bahari dan diberikan kami tempat penginapan untuk kami berehat. Kami juga diberitahu pada jam 3.30am nanti akan ada kenderaan yang akan ke Masjid Nabi MAsjid Nabawi untuk ziarah dalam. Kami diberitahu jika ingin menyertai boleh menaiki kenderaan tersebut pada jam yang telah diberitahu.
No comments:
Post a Comment