Di pagi hari, sementara menunggu hari petang, tugas HE terus disambung dengan tujuan untuk memberi nasihat dan ceramah kesihatan ringkas buat persiapan jemaah haji sebelum memasuki Kota Makkah. Cuaca panas dan galakan untuk meminum air yang banyak disampaikan untuk mengelakkan masalah dehidrasi dan kelesuan haba. Risiko strok haba juga diperjelaskan lagi agar jemaah haji faham dan sentiasa menjaga kesihatan diri masing-masing.
Antara Team HE(Health Education) dan UKA (Unit Kesihatan Awam) yang bertugas. Pegawai perubatan yang terlibat antaranya Dr. Mohd. Ismail (sendiri), Dr. Mohd. Yusoff dan Dr. Izzuddin.
Sambil jalan-jalan ke hotel-hotel, kita berselfie =)
Singgah sebentar di Klinik Zon 1 Hotel Al-Haram, Madinah yang dijaga oleh rakan perubatan.
Bersama otai RP, Haji Dollah yang amat dihormati dan disegani. Jasa beliau amat besar dalam membentuk Team RP selama ini. Pengalaman beliau selama 27 tahun sebagai PPRP sangat berharga.
Pada waktu petang selesai makan tengah hari dan solat Asar, kami diarah untuk melakukan Ziarah Wada di Masjid Nabawi sebelum pergerakan ke Makkah. Selesai ziarah wada, kami bersiap2 dengan pakaian ihram untuk perjalanan ke Makkah kembali. Lengkap berpakaian ihram kami diarah berkumpul di lobby PRM Madinah Al-Jefry sementara menunggu bas persiaran.
Dah bersiap-siap dan tunggu di lobby Al-Jefry
Bersama Penyelia Madinah Hj. Rosman yang sangat sporting dan santai.
Bersama POM Madinah Dr. Nazaruddin yang sangat dedikasi dan banyak memberi tunjuk ajar sewaktu di PRM Madinah.
Bergambar dihadapan bas dihadapan PRM Madinah Al-Jefry sebelum pergerakan ke Makkah
Bergambar dihadapan bas dihadapan PRM Madinah Al-Jefry sebelum pergerakan ke Makkah
Perjalanan dimulakan dan kami berhenti sebentar di Bir Ali untuk berniat ihram umrah. Selesai solat sunat disana kami meneruskan perjalanan 8 jam ke Makkah yang dijangka tiba kurang lebih jam 12 tengah malam.
Bir Ali
Bir Ali
Bersama rakan pegawai perubatan Dr. Mohd. Yusoff dan Dr. Izzuddin
Separuh perjalanan kami berhenti sebentar di RnR untuk menunaikan Solat Maghrib dan Isyak secara Jamak. Selesai solat kami menjamu selera Nasi Arab Mandi Ikan yang sering disebut-sebut oleh para rakan RP yang lain. Keterujaan untuk mencuba sangat tinggi. 1 dulang Nasi Arab Mandy ini berharga SR 60. Kami kongsi bertiga. Ikan tiga ekor masing-masing makan seekor. Ikannya digoreng garing. Ikannya seperti ikan Talapia di Malaysia. Nasi Arab ini kering jadi perlu standby air minum untuk mengelakkan dari tercekik. hehehe.
Nasi Arab Mandy Ikan
Dr. Izzuddin sedang menjamu selera. Abis licin dikerjakannya. Ikan pun tinggal kepala je. memang sedap seperti yang diperkatakan. Air minum sini kebiasaan akan makan dan minum dengan air berkarbonat atau air mineral.
Selesai menjamu selera, kami meneruskan separuh perjalanan lagi untuk ke Makkah. Talbiah diteruskan sehingga tiba di Makkah. Kami tiba di Makkah dan drop di lobby Abraj Janadriyah. Selepas meletakkan bagasi, kami terus menuju Masjidil Haram untuk menunaikan Umrah.
Selepas selesai Tawaf Umrah dan solat sunat. Keletihan terasa, mata pun dah layu.
Ibadah diteruskan dengan melakukan Saie bermula dari bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah sebanyak 7 pusingan.
Selesai saie kami terus ke Barber Shop yang berada di luar Masjidil Haram untuk bercukur.
Antara harga perkhidmatan yang diberikan. Boleh Kawtim dengan owner kedai. Kami dapat harga cukur botak seorang SR 10.
No comments:
Post a Comment