Thursday, 24 August 2017

Day 26-33 ~ 14 Ogos 2017 - 21 Ogos 2017 (Makkah)

Keindahan clock tower memang tidak di mungkiri lagi. Namun keindahan Kaabah lebih menakjubkan lagi. Bila sahaja terdapat peluang untuk ke Masjid pasti akan digunakan untuk merebut pahala ibadah kerana bila lagi kita akan menjejakkan kaki ke tanah haram ini.

Setiap kali selesai waktu klinik, kami akan bergilir-gilir setiap malam untuk melaksanakan ibadah di Masjidil Haram. Program kami tersebut hanya akan ditangguh apabila sudah mendekati hari Wukuf di mana klinik akan bertambah ramai didatangi oleh jemaah haji yang memerlukan rawatan kesihatan.

Clock Tower

Jalan menuju Masjidil Haram

Berkumpul beramai-ramai sesama team pegawai perubatan di Food Court Safwa Tower selepas ibadah di Masjidil Haram. Antaranya Dr. Aizam,Dr. Izzuddin, Dr. Akram dan lain-lain.

Lama tak makan nasi berlaukkan sambal telur dan daging masak kicap. Hidangan ini tersedia di D'Saji Malaysia di Safwa Tower.

Sewaktu berjalan kaki untuk balik ke hotel Maktab 76, terjumpa dengan Ismail Gate Masjidil Haram

Jam menunjukkan pukul 1.30 am. Perjalanan pulang ke maktab.

Antara makanan wajib (fast food) yang famous di Arab Saudi. AL BAIK. Mesti try bila datang sini. ALBAIK ni terdapat di Jeddah, Madinah dan juga Makkah.

Antara makanan wajib (fast food) yang famous di Arab Saudi. AL BAIK. Mesti try bila datang sini.

Dalam setiap paket ALBAIK ni terdapat beberapa ketul ayam goreng dan kentang goreng.

Boleh pilih sama ada pedas atau tidak. Kalau pedas bila makan ayam ni akan nampak perencah berwarna merah dihelaian daging ayam tersebut. Sangat berbeza dengan KFC di Malaysia. Sebungkus ni pun tanpa nasi dah kenyang perut.

Ketibaan KT37 pada 16 Ogos 2017 memadatkan lagi Hotel Qasr Janadriyah ini. KT37 membawa kurang lebih 330 jemaah yang datang menaiki 7-8 bas. Keesokannya pula KT59 dan KT61 tiba ke kota Makkah dan menginap di Qasr Janadriyah. KT terakhir yang tiba untuk hotel maktab 76 ini adalah pada 22 Ogos 2017.

Ketibaan KT37. Kelihatan beberapa petugas Muasasah (berT-shirt merah) berbangsa Sudan membantu jemaah mengangkat bagasi-bagasi. Bas-bas beratur untuk menurunkan jemaah.

Ketibaan jemaah ke hotel

Ketibaan jemaah ke hotel

Surau hotel juga padat dengan jemaah yang sudah mula memenuhi hotel ini. Jemaah ini semua baru tiba dari Madinah dan akan bergerak melaksanakan ibadah Umrah selepas Subuh.

Lebih banyak jemaah yang tiba ke hotel, lebih bertambah banyak juga pengunjung klinik. Dari hari ke hari semakin ramai yang datang ke klinik untuk rawatan. Kalau buka bisnes macam ni kat Malaysia memang untung besar. Tapi berbeza di sini semua kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh Tabung Haji. Ada beberapa jemaah yang datang ke klinik terpaksa di rujuk ke PRS Makkah untuk rawatan lanjut. Contohnya jemaah yang terkena jangkitan kuman di paru-paru dan ada juga kes terseliuh dan patah kaki.

Antara kes yang perlu dirujuk ke PRS Syisya untuk rawatan melecur (blister) di kaki

Antara kes yang perlu dirujuk ke PRS Syisya untuk rawatan melecur (blister) di kaki

Antara kes yang perlu dirujuk ke PRS Syisya untuk Xray di kepala akibat terjatuh

Pada tarikh 20 Ogos 2017 yaitu 12 hari sebelum Wukuf, Maktab 76 menerima kunjungan dari Ketua Rombongan Haji (KRH) Dato' Syed Salleh Syed Abdul Rahman. Beliau berkunjung untuk bertemu dengan para jemaah haji para Dhuyufurrahman dan memberi kata-kata nasihat dan amanat sebelum Wukuf. Beliau juga ingin melihat dan memantau perjalanan operasi Haji tahun ini berjalan lancar.

Pengurus Maktab 76 Haji Zakaria memberikan penerangan tentang perjalanan operasi Maktab 76
Sesi pertemuan dengan para Dhuyufurrahman. Dato' Syed Salleh sedang beramah mesra dengan jemaah haji.

Ketua Rombongan Haji (KRH) Dato' Syed Salleh sedang memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada para Dhuyufurrahman.
(dari kiri : TKRH (K) Haji Nurin Anwar, Penolong Pengurus Mtb 76 Pn. Liyana, Pengurus Mtb 76 Hj. Zakaria, KRH Dato' Syed Salleh dan PIHTAS Mtb 76 Ust. Ismail)

Sesi rakaman sambutan Hari Kemerdekaan di HQ Abraj Janadriyah

Bergambnar bersama otai-otai RP. D(dari kiri: Dr. Hj. Ali, Dr. Hj. Samsu Ambiya, Dr. Ismail, Dr. Hj.  Ferous, MA Hj. Nik Hazri)


Jadual ketibaan dan keberangkatan jemaah haji Maktab 76. Jumlah jemaah maktab 76 seramai 2773 jemaah.

No comments:

Post a Comment