Pagi bermula dengan Morning Prayers oleh POM Makkah Dr. Amin Sah dan sesi taaruf berjalan lancar. Kami diarah untuk melakukan persiapan akhir di aras bawah di lobby PRS Syisya Makkah di unit kecemasan dan wad-wad untuk persediaan ketibaan jemaah Haji dari Jeddah dan madinah yang akan tiba hari ini (30 Julai 2017).
Pusat Rawatan Syisya Makkah (PRS)
Pintu masuk PRS Makkah
Selfie lagi di depan PRS
Antara zon-zon dan hotel maktab penginapan jemaah Haji Malaysia mengelilingi Masjidil Haram.
Kelengkapan di Unit Kecemasan PRS agak lengkap dengan emergency trolley, ECG Machine, Cardiac Monitor dan juga Bipap Machine. Keadaan kurang lebih sama dengan Emergency Unit di Malaysia.
Red Zone PRS
Yellow Zone PRS
Di PRS Makkah juga dilengkapi dengan unit-unit sokongan seperti Unit Patologi, Unit Physio, Unit Farmasi, Unit Radiology, Unit Saji dan juga Unit Dental. Keberadaan unit-unit ini sangat membantu team RP dalam mendiagnosis dan memberikan rawatan yang optima kepada jemaah haji Malaysia yang sakit.
Unit-unit sokongan
Unit farmasi
Intensive Care Ward
Intensive Care Ward dengan kemudahan Bipap Machine
Antara jubah-jubah yang dijual di Jafariah. Harga antara SR90 - SR180 (Harga boleh tawar menawar, kalo hati keringdan pandai berkata-kata boleh tawar sampai SR40!)
Antara jubah-jubah yang dijual di Jafariah.
Antara jubah-jubah yang dijual di Jafariah.
Trip ke Jafariah tidak lama, hanya sekadar cuci mata. Tiba di Jafariah sudah 11.15 mlm. Jafariah kebiasaannya akan tutup perniagaan jam 12 tgh malam. Selesai di Jafariah, kami pulang ke PRS untuk berehat dan persiapan hari besok di mana jemaah Malaysia KT01 akan tiba dari Madinah.
Keesokan pagi diumumkan nama-nama petugas RP yang akan turut serta menyambut kedatangan jemaah Malasyia di bangunan Abraj Janadriyah. Dijangkakan jemaah akan sampai kurang lebih 500 orang dan akan tiba jam 1.30 petang.
Nama-nama yang diumumkan dikehendaki bersiap di lobby PRS untuk menaiki coaster ke bangunan HQ TH Abraj Janadriyah.
Suhu semasa adalah 49 darjah celcius!. Kami sudah menanti ketibaan jemaah diluar bangunan sebelum jemaah sampai. Panasnya tak terkata.
Suhu 49 darjah celcius sebelum ketibaan jemaah
Rindunya Tanah suci. . Rp Tabung Haji 1434&1435
ReplyDelete