Saturday, 5 August 2017

Day 11 ~ 30 Julai 2017 (Makkah)

Selesai Umrah kami semua bergerak ke PRS (Pusat rawatan Syisya) Makkah untuk berehat.
Pagi bermula dengan Morning Prayers oleh POM Makkah Dr. Amin Sah dan sesi taaruf berjalan lancar. Kami diarah untuk melakukan persiapan akhir di aras bawah di lobby PRS Syisya Makkah di unit kecemasan dan wad-wad untuk persediaan ketibaan jemaah Haji dari Jeddah dan madinah yang akan tiba hari ini (30 Julai 2017).

 Pusat Rawatan Syisya Makkah (PRS)

 Pintu masuk PRS Makkah

 Selfie lagi di depan PRS

 Antara zon-zon dan hotel maktab penginapan jemaah Haji Malaysia mengelilingi Masjidil Haram.

Kelengkapan di Unit Kecemasan PRS agak lengkap dengan emergency trolley, ECG Machine, Cardiac Monitor dan juga Bipap Machine. Keadaan kurang lebih sama dengan Emergency Unit di Malaysia.

Red Zone PRS

Yellow Zone PRS

Di PRS Makkah juga dilengkapi dengan unit-unit sokongan seperti Unit Patologi, Unit Physio, Unit Farmasi, Unit Radiology, Unit Saji dan juga Unit Dental. Keberadaan unit-unit ini sangat membantu team RP dalam mendiagnosis dan memberikan rawatan yang optima kepada jemaah haji Malaysia yang sakit. 


Unit-unit sokongan

Unit farmasi

Di PRS Makkah juga disediakan kemudahan observation ward dan Intensive ward. Psy ward juga turut disediakan untuk merawat kes-kes jemaah Malaysia yang mengalami masalah kejiwaan dan nyanyuk. Namun kes-kes yang memerlukan bantuan pernafasan mesin (ventilator) akan dirujuk ke hospital-hospital Arab untuk rawatan lanjut.

Intensive Care Ward

Intensive Care Ward dengan kemudahan Bipap Machine



Keletihan di siang hari dalam mempersiapkan unit-unit tertentu di PRS membuatkan kami ingin mengambil udara angin malam di Makkah. Jadual ditetapkan kepada kami para petugas untuk mengikut trip ke Masjidil Haram untuk melaksanakan ibadah-ibadah sunat atau trip ke Jafariah untuk "melontar" @ shopping. hahaha~ Kami memilih untuk ke Jafariah sementara belum ramai jemaah haji yang datang ke Makkah untuk mencuci mata sebelum membeli oleh2 untuk di bawa pulang nanti ke Malaysia.

Antara jubah-jubah yang dijual di Jafariah. Harga antara SR90 - SR180 (Harga boleh tawar menawar, kalo hati keringdan pandai berkata-kata boleh tawar sampai SR40!)

Antara jubah-jubah yang dijual di Jafariah.

Antara jubah-jubah yang dijual di Jafariah.

Trip ke Jafariah tidak lama, hanya sekadar cuci mata. Tiba di Jafariah sudah 11.15 mlm. Jafariah kebiasaannya akan tutup perniagaan jam 12 tgh malam. Selesai di Jafariah, kami pulang ke PRS untuk berehat dan persiapan hari besok di mana jemaah Malaysia KT01 akan tiba dari Madinah.


Keesokan pagi diumumkan nama-nama petugas RP yang akan turut serta menyambut kedatangan jemaah Malasyia di bangunan Abraj Janadriyah. Dijangkakan jemaah akan sampai kurang lebih 500 orang dan akan tiba jam 1.30 petang. 
Nama-nama yang diumumkan dikehendaki bersiap di lobby PRS untuk menaiki coaster ke bangunan HQ TH Abraj Janadriyah.

Suhu semasa adalah 49 darjah celcius!. Kami sudah menanti ketibaan jemaah diluar bangunan sebelum jemaah sampai. Panasnya tak terkata.

Suhu 49 darjah celcius sebelum ketibaan jemaah 

1 comment: