Tuesday, 15 August 2017

Day 17-25 ~ 05 Ogos 2017 - 13 Ogos 2017 (Makkah)

Pada keesokan hari kira-kira jam 3.30 am sebelum waktu operasi klinik, mengambil kesempatan dan peluang untuk melaksanakan ibadah Solat Subuh dan solat sunat di Masjidil Haram. Klinik sementara dijaga oleh MA Hj. Iskandar yang akan standby jika terdapat kes-kes kecemasan. Kesempatan yang ada diisi dengan tawaf sunat dan beberapa solat sunat. Seronok bila dapat lihat Kaabah di depan mata. Rasa sangat kerdil apabila berada di depan Kaabah. Jemaah haji sudah mula membanjiri kawasan mataf Masjidil Haram. Namun pada masa ini tingkat paling atas Masjidil Haram belum dibuka kerana level 2 masih terdapat banyak tempat kosong. Level atau tingkat paling atas Masjid hanya akan dibuka beberapa hari sebelum Wukuf untuk menmpung jutaan jemaah haji dari seluruh dunia.

Sebelum menunaikan Solat Subuh


Selesai tawaf sunat dan solat sunat 

Keluar melalui pintu No.1 King Abdul Aziz Gate yang berhadapan dengan Clock Tower. Saje jalan-jalan selepas Subuh sementara menanti terbit fajar.

Di hadapan Clock Tower jam 6.00 pagi
Di dalam clock tower mall. Waktu ini selepas Subuh, Banyak kedai belum buka.

Bergambar di hadapan Al-Safwa Tower. Di dalam Safwa tower ini terdapat hotel yang selalu digunakan oleh jemaah Malaysia sewaktu musim Umrah. Di dalam Safwa tower ini juga terdapat beberapa restoran dan yang paling famous dengan jemaah Malaysia adalah Cafe D'Saji.


Tiba masa untuk kembali ke Maktab 76. Masuk kembali melalui King Abdul Aziz Gate dan keluar melalui pintu Al Salam.

Pintu Al-Salam, Masjidil Haram.

Setibanya di hotel maktab, Pak Sunara sudah menyediakan sarapan pagi yang di ambil dari HQ Abraj Janadriyah. Alhamdulillah dapat makan Nasi Lemak.

Sarapan pagi Nasi Lemak

Beginilah rutin kami setiap hari di sini. Di siang hari klinik maktab akan dibuka pada jam 07.00 am sehingga 12.00 pm. Kemudian waktu rehat dari jam 12.00 pm sehingga 04.00 pm. Selalunya di Arab Saudi memang menjadi kebiasaan masyarakat di sini antara jam 12.00pm-04.00pm adalah waktu rehat mereka. Boleh di lihat di kedai-kedai kawasan sekitar pada jam-jam ini mereka akan tutup kedai untuk tidur siang. Klinik dibuka kembali pada jam 04.30pm sehinggga 06.30pm. Rehat sebentar untuk Solat Maghrib dan mula beroperasi kembali dari jam 08.00 pm sehingg 10.00 pm. Kami bertugas setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad. Jika ada waktu terluang, pandai-pandai untuk curi peluang untuk jalan-jalan ke kawasan sekitar namun mesti ada yang standby untuk menjaga klinik jika terdapat kes-kes kecemasan. 

Jalan-jalan ke Jaafariah untuk membeli barang

Seperti biasa mencuci mata sambil survey-survey harga


Meminta bantuan Pak Sunara untuk tawar harga

Barang wajib untuk dibeli. Inai Makkah. Ramai jugak yang pesan minta tolong belikan.

Sempat la beli 3 kotak

Kembali bertugas di klinik maktab 76

Beberapa hari selepas klinik-klinik maktab beroperasi, TKRH(P) dan PPRP mengarahkan kami pegawai-pegawai maktab untuk menghadiri mesyuarat pengurusan dan membincangkan rancangan seterusnya sementara menjelang Wukuf yang jatuh pada 31 Ogos 2017. 

Rancangan rapi perlu disiapkan agar kesihatan jemaah haji terjaga dan pemantauan dan pengesanan jemaah haji yang mempunyai penyakit berisiko tinggi perlu di kenal pasti seawal yang mungkin. Ini untuk mengelakkan terjadi masalah yang tidak diingini kemudian hari seperti serangan jantung sebelum Wukuf atau yang paling teruk adalah kematian sebelum Wukuf. 

Tidak menutup kemungkinan ada jemaah haji yang memang mempunyai penyakit berbahaya dan sewaktu saringan di tanah air, ada yang tidak memaklumkan kepada petugas kesihatan. Contohnya menghidap kanser tahap akhir dan mempunyai masalah jantung dan buah pinggang yang tahap akhir. Namun segelintir jemaah-jemaah ini tidak melaksanakan saringan kesihatan yang rapi kerana kebanyakannya mendapat panggilan akhir (last minute) dan saringan kesihatan hanya dilakukan di klinik swasta biasa yang tidak mempunyai kelengkapan pemeriksaan darah dan sebagainya. Perkara ini akan membahayakan nyawa para jemaah nanti di tanah suci.

Apakan daya, rezeki masing-masing bila Allah sudah jemput, siapalah kita untuk menidakkannya. Balik kepada petugas haji sendiri untuk memantau dan menyantuni Dhuyufurrahman seikhlas hati.

Mesyuarat pengurusan klinik maktab dan persediaan menjelang Wukuf 1438H




Selang beberapa hari, kami bergilir-gilir mengambil peluang untuk melaksanakan ibadah sunat di Masjidil Haram. Kelihatan bumi Makkah sudah mula apdat dengan jemaah haji yang datang dari seluruh dunia. Kain kiswah kaabah juga sudah diangkat dan dilapik dengan kain rentang berwarna putih menandakan hari Wukuf sudah hampir.

Jam 10.25 pm, jemaah haji yang baru datang dari negara lain sedang menuju ke Masjidil Haram untuk melaksanakan Umrah


 Jemaah haji yang baru datang dari negara lain sedang menuju ke Masjidil Haram untuk melaksanakan Umrah

Ada juga perkhidmatan upah bawa wheel chair yang disediakan oleh warga tempatan untuk membawa jemaah yang tidak kuat berjalan

Jalan menuju Masjidil Haram menuju pintu masuk bukit Marwah

Jalan menuju Masjidil Haram menuju pintu masuk bukit Marwah. Kelihatan beberapa petugas haji dari negara Indonesia (pakai vest hitam) sedang menanti di check point untuk membantu jemaah haji Indonesia yang mungkin tersesat atau tidak tahu jalan.

Di hadapan Kaabah yang sudah diangkat kain kiswah. Penanda Wukuf sudah hampir.

Selesai melaksanakan ibadah di masjid, sahabat baik Dr. Izzuddin yang bertugas di klinik maktab lain mengajak untuk ngeteh di Safwa Tower. Stop sekejap di D'Saji namun makanan banyak yang dah habis kerana waktu ini sudah jam 12.00 tengah malam.

Menjamu selera dengan Murtabak Arab dan Nasi Arab Kambing. Harga pun bleh tahan. (Murtabak SR15, Nasi Arab Kambing SR30)

Sambil jalan-jalan nak balik selepas menjamu selera terserempak dengan mak sedara dengan husband. Mereka juga datang melalui Muasasah namun menginap di hotel dan maktab berbeza. Ambil kesempatan ini untuk bergambar bersama.

Sepanjang jalan pulang ke hotel maktab, terdapat pelbagai kedai makan dan fast food. Antaranya burger, roasted chicken, kebab dan shwarma.

Sepanjang jalan pulang ke hotel maktab, terdapat pelbagai kedai makan dan fast food. Antaranya burger, roasted chicken, kebab dan shwarma.

Selain itu ada juga kedai-kedai yang menjual barang-berang untuk kegunaan jemaah haji dan juga oleh-oleh untuk di bawa pulang ke tanah air.

Solat Jumaat lagi di atas bukit. Kelihatan di belakang banyak bas-bas jemaah haji yang membawa jemaah haji untuk menunaikan Solat Jumaat.

Kali ini lebih ramai lagi yang datang ke Masjid untuk Solat Jumaat. Kelihatan jemaah haji yang tak sempat masuk ke masjid terpaksa solat di bawah jambatan.

Kali ini lebih ramai lagi yang datang ke Masjid untuk Solat Jumaat. Kelihatan jemaah haji yang tak sempat masuk ke masjid terpaksa solat di bawah jambatan.

Singgah sebentar di level Ground Hotel Abraj Janadriyah selepas solat jumaat. terdapat beberapa kedai di sana antaranya kedai kurma dan kacang.

Harga kurma dan kacang di sini antara yang mahal dan kebiasaanya memang harga mahal tidak akan berubah sehingga tamat musim haji.

Menerima kunjungan Ketua Penyelia Haji Aiyri Harizat dan Penyelaras Klinik Maktab Dr. Haji Ferous pada 13 Ogos 2017 (18 hari sebelum Wukuf) untuk menyerahkan carta organisasi untuk di pasang di klinik maktab

Carta organisasi Klinik Maktab 76 Qasr Al-Janadriyah Musim haji 1438H / 2017M

No comments:

Post a Comment