Tuesday, 8 August 2017

Day 12-16 ~ 31 Julai 2017 - 04 Ogos 2017 (Makkah)

Seawal pagi 31 Julai 2017, beberapa nama telah diumumkan untuk menjaga Klinik Maktab.Beberapa klinik maktab telah dibuka sejak semalam untuk persiapan kehadiran jemaah ke penempatan hotel masing-masing. Beberapa klinik telah diletakkan di zon-zon tertentu sekitar Masjidil Haram untuk kemudahan para jemaah mendapatkan rawatan kesihatan semasa berada di Tanah Suci.

Kami dibawa oleh Penyelaras Klinik Maktab Dr. Ferous untuk meninjau dan melihat klinik-klinik yang sudah beroperasi sebagai gambaran awal pembukaan klinik maktab masing-masing di penempatan jemaah haji.

Sesi lawatan ke Klinik Maktab 74 Bangunan Abraj Janadriyah

Ada beberapa klinik maktab yang terletak berhampiran dengan Clock Tower.

Melawat Dr. Aizam (berdiri 3 dari kanan) yang sedang bertungkus lumus menyiapkan klinik maktab beliau.

Selesai sesi lawatan, kami dibawa pulang ke PRS untuk berehat dan bersiap sedia untuk dihantar ke klinik maktab masing-masing. Di kesempatan dan waktu luang yang ada dipenuhkan dengan sesi mencuci pakaian di tingkat 6. Di sini kalau cuci pakaian, kerana cuaca dan udara yang panas, pakaian yang dicuci pasti kering dalam masa 30minit-1 jam.

Di atas bumbung tingkat 6 PRS 

Selepas solat maghrib, Penyelaras Klinik Maktab Dr. Ferous mengeluarkan arahan untuk pergerakan beberapa petugas perubatan untuk bergerak ke klinik maktab masing-masing untuk melakukan persiapan klinik. Tahun ini ditempatkan di Maktab 76 Hotel Qasr Al-Janadriyah yang terletak beberapa bangunan dari HQ TH Abraj Janadriyah. Di sana diarahkan untuk set up klinik dan memulakan operasi bila-bila masa sahaja jemaah haji mula tiba ke hotel tersebut.
Persiapan beg besar telah dilakukan kerana di sanalah nanti tempat bertugas sehingga selesai musim haji 1438H. kami dihantar ke klinik maktab masing- masing pada jam 8.00 pm menggunakan coaster PRS.

Setibanya di Hotel Qasr Al-Janadriyah, keadaan agak sepi kerana belum berpenghuni. Yang ada cuma petugas hotel dan beberapa petugas RK (Rombongan Kebajikan) TH yang bertugas di hotel yang sama. Telah dimaklumkan hotel ini hanya beroperasi semasa musim haji sahaja. Jika di luar musim haji penginapan ini dijadikan "lodging" sahaja untuk perorangan.

Di hadapan Hotel Qasr Al-Janadriyah (Maktab 76)

Bilik penginapan petugas perubatan di Hotel Qasr Al-Janadriyah (Maktab 76)

Bilik penginapan petugas perubatan di Hotel Qasr Al-Janadriyah (Maktab 76). Dihadapan bilik penginapan adalah klinik maktab.

Setiap tahun, semua maktab akan disediakan perkhidmatan klinik maktab TH untuk kemudahan jemaah haji mendapatkan rawatan kesihatan semasa berada di tanah suci. Setiap maktab akan disediakan seorang PATUH (Pembantu Petugas Haji) yang rata-rata berbangsa Indonesia yang telah lama menetap di Makkah. Kali ini PATUH yang bertugas di maktab 76 Qasr Janadriyah adalah Pak Sunara. Pak Sunara ini kira otai di sini dan telah lama bekerja dengan TH sebagai PATUH sejak 20 tahun yang lalu.

Bersama Pak Sunara (PATUH)

Keesokannya bermulalah aktiviti mengemas dan mempersiapkan klinik maktab 76. Klinik maktab hotel Qasr Janadriyah ini memang dibuka setiap tahun dan telah ada set up yang standard sejak tahun-tahun yang lalu. Terdapat 2 meja pemeriksaan, 2 katil rawatan dan almari ubat-ubatan. Khusus di klinik maktab ini tidak disediakan pegawai farmasi, jadi penyediaan, pembungkusan dan pemberian ubat diberikan secara langsung oleh Doktor dan MA ke pesakit selepas pemeriksaan dilakukan.

Meja pendaftaran diletakkan di luar dan dijaga oleh Pak Sunara yang akan membuat daftar nama pesakit yang akan menerima rawatan. Hari kedua beroperasi, seorang MA ditugaskan untuk membantu di klinik ini yaitu Haji Iskandar Zulkarnain. Beliau sudah berpengalaman dan pernah datang sebagai RP pada musim haji yang lalu. Kehadiran beliau sangat-sangat membantu dalam merawat jemaah yang sakit.

Bilik Pemeriksaan Klinik Maktab 76 Qasr Janadriyah. 2 meja disediakan untuk pegawai perubatan dan MA.

Bilik Pemeriksaan Klinik Maktab 76 Qasr Janadriyah

Bilik Pemeriksaan Klinik Maktab 76 Qasr Janadriyah.

Sambil kemas-kemas klinik kita bungkus ubat siap-siap sebab bila jemaah sakit mula ramai takut tak sempat nak bungkus ubat.

Maktab 76 Musim Haji 1438H / 2017M

Maktab 76 Musim Haji 1438H / 2017M

Klinik maktab mula beroperasi dari tarikh 02 Ogos 2017 (Rabu) di mana jemaah KT02 mula datang menginap ke hotel ini. Hari pertama beroperasi telah ada 4 jemaah yang di rawat dan meningkat dari hari ke hari. Peningkatan drastis berlaku apabila KT lain juga mula memasuki dan memenuhi hotel ini.

Menjelang hari Jumaat (04 Ogos 2018), jemaah haji seluruh dunia sudah mula ramai dan jalan mula kelihatan sudah bertambah padat. Di karenakan hari jumaat juga banyak jemaah mendapatkan rawatan di klinik, kami terpaksa menunaikan Solat Jumaat di masjid lain kerana dari jam 10.00 pagi, Masjidil Haram sudah mula dipenuhi oleh para jemaah. Jika terlewat ke Masjidil Haram alamatnya akan solat di luar masjid mungkin di tengah panas atau di bawah jambatan. Jadi kami memilih untuk solat Jumaat di atas bukit di atas Bangunan Abraj Janadriyah yang mana di atas bukit tersebut terdapat satu masjid tempatan. 

Pemandangan atas bukit berdekatan tingkat 10 bangunan Abraj Janadriyah

Selepas Solat Jumaat. Pemandangan atas bukit berdekatan tingkat 10 bangunan Abraj Janadriyah

No comments:

Post a Comment